ABOUT ME

My photo

Blog ini dibina khas untuk memenuhi syarat tugasan Teknologi Maklumat Sekolah Rendah
D20112055036
EL-P03 (A121PJJ)
PPG UPSI KOHORT 3

Sunday, 25 November 2012

Kesalahan tatabahasa (kata kerja)



Kesalahan tatabahasa (kata kerja) yang biasa dilakukan oleh  murid-murid                                di dalam bilik darjah.

Kata Kerja   
1. Ada dua jenis kata kerja:
    a. kata kerja transitif
    b. kata kerja intransitif atau tak taransitif
2. Kata kerja transitif terbahagi kepada:
  • kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. )
  • kata kerja yang berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)
  • kata kerja yang berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi dsb.)
  • kata kerja yang berawalan rangkap memper …. ( memperdaya, memperoleh)
  • kata kerja yang berapitan memper….kan ( memperhatikan, mempergunakan).
  • Kata kerja yang berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai dsb.)
3. Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti  
    berawalan men-
    a. buang sampah ( salah )
        membuang sampah ( betul )
    b. goring ikan ( salah )
        menggoreng ikan ( betul )
4. Kata kerja transitif yang berapitan men…kan dan men…i berbagai-bagai  
    maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati. Contoh:

SALAH
BETUL
1. Hafizuddin memberikan   Seha      sekuntum bunga.
2. Hanim mengambilkan segelas air     untuk Ishak.
3. Baginda mengurniakan beliau           bintang kebesaran.
4. Hakim menjatuhkan pencuri itu        sebulan penjara.
5. Sampah sarap mengotorkan             Taman   Tasik Taiping.
6. Yatie menasihatkan saya agar        rajin  belajar.
1. Hafizuddin memberi Seha                sekuntum bunga.
2. Hanim mengambilkan Ishak           segelas air.
3. Baginda mengurniai beliau              bintang kebesaran.
4. Hakim menjatuhi pencuri             sebulan penjara.
5. Sampah sarap mengotori Taman      Tasik Taiping.
6. Yatie menasihati saya agar rajin      belajar.

5.      Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada:
  • Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
  • Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)
  • Kata kerja yang berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )
  • Kata kerja yang berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)
  • Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)
  • Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)
6.      Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh     
         ditiadakan awalannya. Contoh:
     -   tanya kepada Hamidah ( salah )
         bertanya kepada Hamidah ( betul )
     -  jangan lompat ( salah )
         jangan melompat ( betul )
     -   senyum kepada Kartina ( salah )
         tersenyum kepada Kartina ( betul )

No comments:

Post a Comment