Sunday 25 November 2012

Kesalahan tatabahasa (kata kerja)



Kesalahan tatabahasa (kata kerja) yang biasa dilakukan oleh  murid-murid                                di dalam bilik darjah.

Kata Kerja   
1. Ada dua jenis kata kerja:
    a. kata kerja transitif
    b. kata kerja intransitif atau tak taransitif
2. Kata kerja transitif terbahagi kepada:
  • kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. )
  • kata kerja yang berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)
  • kata kerja yang berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi dsb.)
  • kata kerja yang berawalan rangkap memper …. ( memperdaya, memperoleh)
  • kata kerja yang berapitan memper….kan ( memperhatikan, mempergunakan).
  • Kata kerja yang berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai dsb.)
3. Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti  
    berawalan men-
    a. buang sampah ( salah )
        membuang sampah ( betul )
    b. goring ikan ( salah )
        menggoreng ikan ( betul )
4. Kata kerja transitif yang berapitan men…kan dan men…i berbagai-bagai  
    maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati. Contoh:

SALAH
BETUL
1. Hafizuddin memberikan   Seha      sekuntum bunga.
2. Hanim mengambilkan segelas air     untuk Ishak.
3. Baginda mengurniakan beliau           bintang kebesaran.
4. Hakim menjatuhkan pencuri itu        sebulan penjara.
5. Sampah sarap mengotorkan             Taman   Tasik Taiping.
6. Yatie menasihatkan saya agar        rajin  belajar.
1. Hafizuddin memberi Seha                sekuntum bunga.
2. Hanim mengambilkan Ishak           segelas air.
3. Baginda mengurniai beliau              bintang kebesaran.
4. Hakim menjatuhi pencuri             sebulan penjara.
5. Sampah sarap mengotori Taman      Tasik Taiping.
6. Yatie menasihati saya agar rajin      belajar.

5.      Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada:
  • Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
  • Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)
  • Kata kerja yang berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )
  • Kata kerja yang berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)
  • Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)
  • Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)
6.      Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh     
         ditiadakan awalannya. Contoh:
     -   tanya kepada Hamidah ( salah )
         bertanya kepada Hamidah ( betul )
     -  jangan lompat ( salah )
         jangan melompat ( betul )
     -   senyum kepada Kartina ( salah )
         tersenyum kepada Kartina ( betul )

Sunday 18 November 2012

Latihan



Latihan
Pilih  kata kerja tak transitif   yang  paling sesuai bagi soalan-soalan
 di bawah:

1.      Api itu sedang __________.
A.     bernyala                         B.  bersedih                        C.  berjemur

2.      Pegawai penerangan sudah ______________.
A.     berundur                        B.  tiba                                C.  bersiar-siar

3.      Mereka ____________di tepi pantai East Coast.
A.    bersiar-siar                     B.   berkubang                     C.   menarik

4.      Pemuda itu _____________seorang diri.
A.     tertidur                          B.  tersenyum                      C.  menyedut    
         
5.      Mereka ___________ dengan gembiranya.
A.     menangis                      B.  tidur                                C.  bernyanyi

6.      Luka di lengannya ______________ baik.
A.     beransur                        B.   pulih                              C.  berpakai    

7.      Kapal kargo sedang ___________di pelabuhan Jurong.
A.     berjalan                         B.   berlabuh                        C.  berhenti

8.      Orkid-orkid tanamannya ___________ subur.
        A.    tumbuh                         B.     tanam                           C.  jalan            

Monday 12 November 2012

P&P Bahasa Melayu

                            Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
                                                         sedang dijalankan

Sunday 11 November 2012

Macropengajaran

                                             Makropengajaran tentang kata kerja

Video berkebun

                                                              Video :    Berkebun

Latihan 1



Latihan

 Isikan tempat kosong dengan kata kerja transitif yang
 sesuai.

 1. Pekebun sayur itu ___________sayur-sayuran

2. Dua orang pelanggan sedang ___________baju.

3. Penduduk-penduduk kampung hendak
    ____________ kampung halaman mereka.

4. Mereka ____________ terima kasih kepada 
    pemandu bas  itu.

5. Murid-murid_____________buku mereka di atas meja.

6.  Abang saya hendak ___________wang simpanannya ke dalam
     bank.

7.  Encik Ahmad hendak_____________kapalterbang  ke Kuala
     Lumpur.

8.  Perdana Menteri kita telah _______________lawatannya ke
    Amerika Syarikat.

9.  Thailand ____________beras ke Singapura.

10. British telah terpaksa___________negeri jajahannya kerana para
      pejuang  kemerdekaan terus membuat desakan. 

menyerahkan

menanam
meletakkan
mengucapkan
mengekspot
membuat

membersihkan
memilih
menaiki
menyimpan