Wednesday 7 November 2012

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti objek untuk menjadi  frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat.  Biasanya objek tersebut terdiri daripada kata nama atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Oleh itu kata kerja transitf adalah kata kerja yang tidak dapat berdiri sendiri.    Misalnya: 


bermain bola

(1)    Pemain itu bermain bola.
(2)    Lee Leng suka mengumpul setem
(3)    Adik saya sedang menonton televisyen.
(4)     Emak sedang mencuci baju. 
(5)     Kucing suka makan ikan.
(6)    Pak Abu mencipta Lagu Semoga Bahagia.
(7)    Datuk melepaskan burung peliharaannya.
          



makan ikan

(**Oleh kerana di belakang kata kerja bermain, mengumpul, menonton, mencuci , makan, mencipta dan melepaskan mempunyai objek masing-masing iaitu bola, setem, televisyen, baju , ikan, Lagu Semoga Bahagia dan burung peliharaannya, maka ketujuh-tujuh kata kerja yang disebutkan tadi ialah kata kerja transitif.)

No comments:

Post a Comment