Saturday, 10 November 2012

Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap


melompat

Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap
Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.

Pembuat

Kata Kerja Tak Transitif
Rumahnya

roboh.
Radio itu

berbunyi.
Turunnya Union Jack itu, Jalur Gemilang pula

berkibar.
 Kuda
melompat.


Thursday, 8 November 2012

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap



Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang
melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).

Pembuat
Kata Kerja Tak Transitif
Keterangan

Kami
mandi
di tasik.

Dia
senyum
semasa berjalan.

Air sungai
beransur
surut.

Datuk
bersenam
di taman.

Matahari
terbenam
di sebelah barat.

Kata Kerja Tak Transitif



Kata Kerja Tak Transitif



Berjalan
 Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitup kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap. 




Text Box: